Blog: Tahun Baharu dan Parents Workshop
Sudah sebulan tahun 2024!? Begitu cepat masa berlalu. Bagaimana tahun baharu anda sejauh ini? Diharapkan permulaan tahun baharu ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang menarik dan memberi semangat kepada kita semua dalam menjalani kehidupan. Tahun baharu semestinya mempunyai semangat yang baharu dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak. Malah, semangat kerjasama antara guru dan ibu bapa telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi inspirasi, menyokong dan membantu setiap pelajar berkembang serta mencapai kejayaan.
Pada tahun baharu ini, marilah kita kekalkan semangat positif untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar. Semoga tahun ini akan menjadi lembaran baharu yang penuh dengan kegembiraan, kejayaan dan pencapaian yang cemerlang. Teruskan berinovasi dan berkerjasama. Berikan sumbangan positif kepada para pelajar. Selamat menjalani perjalanan pendidikan yang bermakna di tahun baharu ini. Semoga Pusat Bahasa Nusa terus menjadi tempat yang memberi impak positif kepada setiap pelajar yang terlibat.
Bagi persediaan ibu bapa untuk anak-anak dalam proses pembelajaran, Pusat Bahasa Nusa telah menjalankan Bengkel Ibu Bapa. Bengkel ini bagi membantu ibu bapa dalam proses persediaan anak-anak untuk kembali ke sekolah. Bengkel ini telah dijalankan tempoh hari pada 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024. Bengkel-bengkel yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
- How to help your child excel in Lower Primary Malay
How to help your child excel in Lower Primary Malay
- Cara membantu anak-anak untuk menguasai Lisan PSLE
Cara membantu anak-anak untuk menguasai Lisan PSLE
- Strategi membantu anak-anak menguasai ‘Imbuhan’
Strategi membantu anak-anak menguasai ‘Imbuhan’
- How to support your child in Secondary Malay / Higher Malay?
How to support your child in Secondary Malay / Higher Malay?
Para ibu bapa boleh menekan pautan yang sesuai dengan pembelajaran anak-anak bagi membantu persediaan mereka.