Blog : Promosi Tahun Akademik Baharu
Sesi akademik 2024 kian menjelang. Pastinya ibu bapa sedang giat mencari pusat tuisyen yang terbaik untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik anak-anak. Pusat Pembelajaran Edufront mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, dari segi kepakaran tenaga pengajar, kecanggihan teknologi, anugerah yang dimiliki serta peningkatan keputusan yang cemerlang dalam kalangan pelajar. Di sini kami menawarkan pelbagai program menarik yang akan menjadi wadah kejayaan anak-anak dalam bidang akademik. Program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1- English Mastery Programme
- Memfokuskan bahagian Lisan, kefahaman, karangan dan tatabahasa.
2- Science Mastery Programme
- Memfokuskan konsep sains, teknik menjawab dan kemahiran proses.
3- Math Mastery Programme
- Memfokuskan teknik menjawab dan penyelesaian matematik dengan menggunakan Sistem C-P-A-H.
4- PSLE Mastery Programme
- Memfokuskan kepada kecemerlangan pelajar darjah 6.
5- Preschool Programme
- Nurture memfokuskan kepada asas pembelajaran kanak-kanak prasekolah.
6- Secondary Mastery Programme
- Memfokuskan kepada kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah menengah (Peringkat N dan Peringkat O)
7- Malay Mastery Programme
- Pusat Bahasa Nusa memfokuskan kecemerlangan Bahasa Melayu bagi pelajar-pelajar K2 hingga menengah 4/5.
8- Chinese Mastery Programme
- Aidufang memfokuskan pemerkasaan dan kecemerlangan bahasa Mandarin bagi pelajar darjah 1 hingga darjah 6.
Para ibu bapa boleh memilih daripada 8 cawangan kami Pasir Ris 1, Pasir Ris 2 (baru), Woodlands, Tampines, Choa Chu Kang, Jurong West (baru), Serangoon North dan Live-Online. Dengan kemudahan pembelajaran dalam talian menerusi Live-Online, anak-anak anda boleh belajar dengan selesa dari rumah sahaja. Ibu bapa tidak perlu mengeluarkan kos untuk bergerak ke pusat tuisyen. Bahan-bahan pembelajaran juga akan kami hantarkan ke rumah anda. Pastinya ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan segala urusan anda. Yang pasti kejayaan pasti menjadi milik anak-anak anda! Daftarlah sekarang di www.edufront.com