Salam dan Selamat Sejahtera semua! 🙂 Pernahkah anda disuruh oleh seseorang untuk melakukan sesuatu? #StrategiSelasa kali ini akan mengupas cara penggunaan kata perintah. Kata Perintah – Perkataan yang digunakan untuk memberi perintah, iaitu suruhan, larangan, silaanatau permintaan, untuk mendapatkan tindak balas.Kata partikel -lah boleh ditambahkan di belakang kata perintah untuk melembutkanperintah tersebut.*kata larangan (jangan, usah) tidak boleh disertakan dengan kata silaan (sila,jemput)