Blog : Promosi Program Bridging
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pusat Bahasa Nusa @ Edufront bukan sahaja mengambil berat akan kemahiran dan pembelajaran bahasa Melayu anak-anak di peringkat rendah dan menengah, malah menjaga kebajikan anak-anak kecil yang akan berpindah ke Darjah 1 (Primary 1) daripada peringkat Prasekolah (Preschool). ‘K2 To P1 Bridging Programme’ ialah program yang menyediakan pembelajaran berasaskan aktiviti bagi mempersiap kanak-kanak prasekolah untuk ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu Darjah 1. Program Bridging K2 ke P1 Edufront ialah program untuk memperkaya kanak-kanak peringkat prasekolah yang merangkumi komponen utama dalam pembelajaran.
Program kami melengkapkan kanak-kanak dengan membina asas yang kukuh dalam celik angka serta celik huruf. Kami menyediakan pelbagai bahan yang menarik dan merangsang fizikal dan mental kanak-kanak prasekolah. Konsep pembelajaran berasaskan aktiviti diperkenalkan dengan cara yang menyeronokkan serta kreatif oleh tenaga pengajar kami yang berpengalaman untuk memaksimumkan pembelajaran kanak-kanak. Buat pengetahuan semua, program ini adalah untuk dua subjek, iaitu ‘Program Bridging Bahasa Melayu K2 ke P1’ dan ‘Program Bridging Matematik K2 ke P1’.
Sepanjang program ini nanti, para pelajar akan terdedah kepada peningkatan kemahiran dalam membaca dan memahami, komunikasi lisan dan kemahiran menulis untuk peralihan yang lancar ke sekolah rendah. Selain itu, kanak-kanak ini juga boleh membangunkan pelbagai kosa kata dalam tema dan konteks yang berbeza. Anak-anak ini juga akan dipersiapkan dengan penulisan ayat serta perenggan yang betul dari segi tatabahasa. Tambahan lagi, penyertaan para pelajar secara aktif dapat membangunkan sikap positif untuk mengatasi cabaran dalam pelajaran dan pembelajaran mereka. Di akhir program ini, pastinya anak-anak sudah dapat membangunkan asas-asas yang kukuh dalam proses pembelajaran mereka.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendedahkan anak-anak prasekolah mereka kepada persediaan ke Darjah 1 yang rapi boleh bersiap sedia dengan informasi-informasi ini. Program ini terbuka kepada kanak-kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun dan akan bertempat di Pusat Tuisyen Tampines serta Woodlands. Program ini akan mendedahkan anak-anak kepada lapan pelajaran dengan jangka masa satu jam bagi setiap pelajaran. Bagi memastikan anak-anak benar-benar bersedia dengan peringkat baharu, program ini akan diadakan setiap hari Isnin dan Rabu dalam bulan Disember. Manakala bagi bayaran yang dikenakan pula akan merangkumi bayaran pendaftaran, penghantaran bahan pengajaran kepada pelajar serta tidak termasuk GST. Bayaran yang lebih terperinci bolehlah dirujuk di laman blog ini Program Bridging K2 ke P1.
Jika anda ingin mempersiapkan anak-anak anda ke Darjah 1, Program Bridging K2 hingga P1 kami ialah kelas yang perlu diikuti. Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak untuk program ini bolehlah berbuat demikian di laman ini Mendaftar Program Bridging K2 ke P1. Anak-anak anda pasti akan berhadapan dengan keseronokan dan persediaan yang baik apabila menyertai program ini. Anda juga pasti akan dapat mengurangkan kerisauan akan pelajaran dan persediaan anak-anak anda untuk ke Darjah 1. Teruskan sokongan anda kepada Pusat Bahasa Nusa.