Hotline: 81860376
(WA Message | Operating 9am - 6pm | PH: Closed)

REGISTER NOW
LMS Login

Hotline: 9382 5201 (WA/SMS)

Blog Writing

Blog : Promosi Majalah Kembara Nusa isu 4/2023

Blog : Promosi Majalah Kembara Nusa isu 4/2023


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada bulan Julai 2023 yang lalu, Pusat Bahasa Nusa telah menerbitkan majalah Kembara Nusa isu 3/2023. Kali ini, untuk bulan Oktober 2023 pula, satu lagi majalah baharu telah diterbitkan! Majalah kali ini ialah majalah terakhir untuk tahun ini, iaitu isu 4/2023. Majalah kali ini membawakan tema ‘Iklim dan Cuaca’. Pastinya pengetahuan dan kosa kata anda tentang iklim dan cuaca akan bertambah selepas habis menelusuri majalah ini.

Seperti mana yang semua sedia maklum, majalah Kembara Nusa ini sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah atasan dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Bukan sahaja untuk pelajar yang mempelajari atau mengambil bahasa Melayu di sekolah, malahan pelajar yang tidak mengambil bahasa Melayu di sekolah dan tidak mahir berbahasa Melayu juga boleh memiliki dan membaca majalah ini. Majalah ini menyediakan maksud kosa kata di bahagian ‘Bank Kosa Kata’, jadi pelajar tidak perlu bimbang jika ada perkataan yang tidak difahami. Membaca sambil mencari maksud di kamus online pasti sangat membantu penguasaan dan pemahaman bahasa Melayu para pelajar.

Edisi kali ini menampilkan 13 topik menarik yang merangkumi rencana khas, bicara budaya, sains dan teknologi, cerpen menarik, sanggar sastera (sajak) serta beberapa lagi topik yang pasti memikat hati pembaca majalah ini. Majalah Kembara Nusa untuk penggal 4 ini akan merungkai tentang cara anda kekal hidrat dan pengetahuan tentang strok haba. Semestinya pemahaman para pelajar akan lebih terbuka luas setelah membacanya. Tambahan pula, topik ‘Lembaran Bahasa’ akan menguji minda pelajar tentang kata sendi nama, manakala topik ‘Permainan Kata’ pula memperkenalkan istilah-istilah cuaca. Para pembaca bukan sahaja boleh menambah ilmu dengan membaca. Pembaca turut dapat bermain permainan yang disediakan.

Selain pembacaan dan pengetahuan baharu yang dikongsikan, pembaca juga akan terpesona dengan grafik yang ditunjukkan. Pembaca tidak akan bosan apabila menelaah helaian demi helaian majalah ini. Di samping itu, pernahkah anda terfikir tentang cabaran seseorang yang ahli dalam menghadapi keadaan serta perubahan cuaca pada setiap hari? Dalam majalah Kembara Nusa kali ini, pengarang akan kongsikan pengalaman Encik Farizwan, seorang pengendali boti. Tidak dilupa juga, majalah Kembara Nusa turut menampilkan karangan-karangan contoh pelajar kami yang menarik dan hebat.

Bagi para pembaca yang berminat untuk membaca dan menjadikan majalah ini sebagai bacaan tambahan, bolehlah layari laman web yang disertakan https://edufront-learning.myshopify.com/. Banyak lagi bahan bacaan lain yang pasti menarik di mata anda. Teruskan sokongan anda kepada Pusat Bahasa Nusa. 

2 Comments
  • 100 USDT алу шн тркелу
    8:19 PM, 12 April 2024

    Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

  • ecommerce
    7:18 PM, 15 April 2024

    Wow, incredible blog structure! How lengthy have you ever
    been running a blog for? you made running a blog glance easy.
    The full glance of your web site is wonderful, as neatly as
    the content material! You can see similar here sklep internetowy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Privacy Settings
We use cookies to enhance your experience while using our website. If you are using our Services via a browser you can restrict, block or remove cookies through your web browser settings. We also use content and scripts from third parties that may use tracking technologies. You can selectively provide your consent below to allow such third party embeds. For complete information about the cookies we use, data we collect and how we process them, please check our Privacy Policy
Youtube
Consent to display content from - Youtube
Vimeo
Consent to display content from - Vimeo
Google Maps
Consent to display content from - Google
Spotify
Consent to display content from - Spotify
Sound Cloud
Consent to display content from - Sound