Salam dan Selamat Sejahtera semua! #StrategiSelasa minggu ini bakal membantu anda untuk membezakan antara Kata Pemeri ‘adalah’ dan ‘ialah’. Kata Pemeri ‘ialah’ perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua Kata Pemeri – Ialah dan Adalah1. Kata Pemeri ‘ialah’ Kata pemeri ‘ialah’ digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ‘ialah’ digunakan sebelum kata nama atau frasa nama.Contoh:- Samsuri ialah rakan karib