Hotline: 81860376
(WA Message | Operating 9am - 6pm | PH: Closed)

Follow Us:

WA Channel
REGISTER NOW
LMS Login
REGISTER NOW
LMS Login

Hotline: 9382 5201 (WA/SMS)

Blog Writing

Peraduan SBM/SBB 2024 & Majlis Penyampaian Hadiah

Peraduan SBM/SBB 2024 & Majlis Penyampaian Hadiah


Pada bulan Julai 2024, Pusat Bahasa Nusa telah menganjurkan Peraduan “Saya Boleh Mengarang” dan “Saya Boleh Bercerita / Berpidato”. Acara ini berlangsung pada 22 dan 29 Julai yang melibatkan pelajar dari sekolah rendah dan menengah dalam pelbagai kategori.

Hari pertama peraduan pada 22 Julai dimulai dengan pertandingan “Saya Boleh Bercerita.” Acara ini menyaksikan pelajar-pelajar dari tiga kategori iaitu Kategori A (Darjah 1 & 2), Kategori B (Darjah 3 & 4), dan Kategori C (Darjah 5 & 6). Setiap peserta membawakan cerita dengan penuh keyakinan sekaligus memperlihatkan kreativiti dan kemahiran mereka dalam bercerita.

Selepas jam 3 petang, para peserta mula menyampaikan cerita mereka. Ibu bapa dan guru-guru yang hadir jelas menunjukkan keterujaan dan bangga melihat anak-anak mereka melakukan persembahan dengan semangat yang tinggi. Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada jam 4:30 petang dengan pengumuman pemenang oleh pengacara majlis.

Keputusan Pemenang “Saya Boleh Mengarang”:

  • Kategori A: Juara -Ilyas Naufal Mohd Yusri, Tempat Kedua – Naurah Iman Muhammad Iskandar, Tempat Ketiga – Muhammad Idris Muhammad Khalil.
  • Kategori B: Juara – Nur Diana Asha’ari, Tempat Kedua – Misha Maisara Muhammad Shadick, Tempat Ketiga – Nur Fatihah Aliyah Mohammad Fhadley.
  • Kategori C: Juara -Zikry Mikhail Indrazahri, Tempat Kedua – Sulaikah Sulaiman, Tempat Ketiga – Maqil Dzulfakir.

Keputusan Pemenang “Saya Boleh Bercerita”:

  • Kategori A: Juara – Nor Eidris Norhidayat, Tempat Kedua – Mochammad Al Iqbal Shaber Mochammad Al Hafiz, Tempat Ketiga – Abdul Dayyan Abdul Mannan.
  • Kategori B: Juara- Shaquille Mateen Lee Ruzaini, Tempat Kedua- Aleeya Aeiziyan, Tempat Ketiga- Nur Zahirah S Allaudeen Shah
  • Kategori C: Juara- Nayla Zafirah Rozaini, Tempat Kedua- Muhammad Irfan Mohamed Imran, Tempat Ketiga- Nayla Irhaa Shamsul Nahar

Pada 29 Julai, acara diteruskan dengan pertandingan “Saya Boleh Berpidato.” Pelajar-pelajar sekolah menengah berdepan cabaran dalam Kategori A (Menengah 1 & 2) dan Kategori B (Menengah 3, 4 & 5). Mereka membentangkan pidato yang penuh dengan idea dan pandangan kritis mengenai isu-isu semasa.

Tajuk-tajuk seperti “Rakyat Sihat Negara Maju” dan “Kecerdasan Buatan, Teman Bukan Lawan” menunjukkan keprihatinan pelajar terhadap masa depan dan teknologi. Majlis penyampaian hadiah berlangsung selepas sesi pidato. Keputusan Pemenang “Saya Boleh Berpidato”:

  • Kategori A: Juara – Rafiq Rizki, Tempat Kedua – Nur Kasih Delisha Binte Mohamed Rashid, Tempat Ketiga – Sofea Verena Hyder d/o Umeer Hyder.
  • Kategori B: Juara – Ariel Aiman, Tempat Kedua – Julfa Ardhani Wisnumurti, Tempat Ketiga – Marha Syaurah.

Akhir Sekali, Peraduan “Saya Boleh Mengarang” dan “Saya Boleh Bercerita dan Berpidato” 2024 bukan hanya sekadar pertandingan, tetapi juga tentang melestarikan bahasa dan budaya. Dengan semangat dan usaha gigih oleh para peserta, acara ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu terus menjadi sebahagian penting dalam identiti kita. Harapan agar peraduan ini dapat terus diadakan dan memberi sinar kepada masa depan generasi muda untuk terus mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda dan budaya kita.


Lawati lelaman kami www.malaytuitionsg.com untuk mendapatkan info-info bahasa Melayu dan program-program yang ditawarkan!

Privacy Settings
We use cookies to enhance your experience while using our website. If you are using our Services via a browser you can restrict, block or remove cookies through your web browser settings. We also use content and scripts from third parties that may use tracking technologies. You can selectively provide your consent below to allow such third party embeds. For complete information about the cookies we use, data we collect and how we process them, please check our Privacy Policy
Youtube
Consent to display content from - Youtube
Vimeo
Consent to display content from - Vimeo
Google Maps
Consent to display content from - Google
Spotify
Consent to display content from - Spotify
Sound Cloud
Consent to display content from - Sound