Hotline: 81860376
(WA Message | Operating 9am - 6pm | PH: Closed)

REGISTER NOW
LMS Login

Hotline: 9382 5201 (WA/SMS)

Announcements

Permintaan tinggi bagi bengkel persediaan PSLE

SINGAPURA:  Demam peperiksaan kini semakin hangat dirasakan oleh para pelajar terutama bagi mereka yang bakal menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).


Dengan tinggal kurang sebulan sebelum kertas PSLE yang pertama, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak  mereka ke bengkel-bengkel peperiksaan semasa cuti sekolah September ini sebagai persiapan saat-saat akhir.

Tinjauan BERITAmediacorp mendapati beberapa pusat tuisyen menikmati permintaan tinggi bagi kelas-kelas berkenaan.

Walaupun bengkel-bengkel sudah dapat diadakan secara fizikal, pusat-pusat tuisyen tetap menyaksikan sambutan tinggi bagi bengkel-bengkel yang dikendalikan secara online. 

MAKIN RAMAI IBU BAPA SEDAR KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

Selain bengkel persediaan PSLE bagi subjek Matematik, bengkel-bengkel Bahasa Ibunda turut mendapat sambutan hangat.

Pusat Bahasa Nusa turut menyaksikan permintaan tinggi bagi bengkel-bengkel pengayaan Bahasa Melayu kendaliannya yang bermula hari ini (5 Sept) hingga 8 September. 

Kesemua tempat bagi bengkel online selama dua hari itu sudah penuh.

“Saya rasa para ibu bapa semakin sedar tentang kepentingan Bahasa Melayu. Dahulu, tumpuan mereka lebih pada subjek Matematik dan Sains. Namun, mereka kini lebih sedar bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu juga sama penting dengan subjek-subjek lain,”  kata Pengarah Program di Pusat Bahasa Nusa, Cikgu Hayati Abdullah.

Cikgu Hayati juga berkongsi bahawa strategi pusat itu adalah untuk membantu murid-murid menghadapi ujian lisan. Ini kerana ujian merangkumi 25 peratus daripada keseluruhan markah kertas PSLE Bahasa Melayu.

Selain itu, pusat itu turut menggalakkan penyertaan ibu bapa dalam persediaan anak-anak mereka.

Para ibu bapa dapat mengakses sebuah portal pendidikan yang mengandungi rakaman setiap bengkel online yang disertai anak-anak mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Privacy Settings
We use cookies to enhance your experience while using our website. If you are using our Services via a browser you can restrict, block or remove cookies through your web browser settings. We also use content and scripts from third parties that may use tracking technologies. You can selectively provide your consent below to allow such third party embeds. For complete information about the cookies we use, data we collect and how we process them, please check our Privacy Policy
Youtube
Consent to display content from - Youtube
Vimeo
Consent to display content from - Vimeo
Google Maps
Consent to display content from - Google
Spotify
Consent to display content from - Spotify
Sound Cloud
Consent to display content from - Sound