Hotline: 81860376
(WA Message | Operating 9am - 6pm | PH: Closed)

REGISTER NOW
LMS Login

Hotline: 9382 5201 (WA/SMS)

Blog Writing

Blog : Mempromosi Buku Kompilasi Karangan

Blog : Mempromosi Buku Kompilasi Karangan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pusat Bahasa Nusa dengan jayanya telah menerbitkan buku-buku kompilasi karangan bahasa Melayu untuk pelajar sekolah rendah dan menengah; Kompilasi Karangan Darjah 1-4, Kompilasi Karangan Darjah 5/6, Kompilasi Karangan Menengah 1/2  dan Kompilasi Karangan Menengah 3-5. 

Buku-buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji untuk para pelajar, sekali gus dapat memupuk minat membaca dalam kalangan mereka. Yang menariknya, buku kompilasi karangan ini menggunakan hasil karangan pelajar yang sudah diperiksa dan ditambah baik dalam ‘Pertandingan Saya Boleh Mengarang’  pada tahun 2019 dan 2021. Karangan – karangan pelajar dalam buku-buku ini merupakan karangan-karangan pelajar yang memenangi anugerah emas dengan kepujian dan anugerah emas dalam pertandingan tersebut. Nusa sangat menggalakkan penyertaan para pelajar dalam setiap program dan pertandingan yang kami anjurkan. Ia bukan sahaja dapat memberi satu pengalaman baharu, malah memberi ruang kepada mereka untuk menyumbang dan mempamerkan kreativiti mereka.

Keempat-empat buku kompilasi ini dikategorikan kepada lima kategori (A, B, C, D dan E) sesuai dengan kategori-kategori dalam pertandingan menulis kami. Kategori A untuk pelajar darjah 1 dan 2 dengan panjang karangan sebanyak 100 patah perkataan. Kategori B pula bagi pelajar darjah 3 dan 4 dengan 250 patah perkataan. Seterusnya, untuk pelajar darjah 5 dan 6 ialah kategori C dengan karangan sepanjang 400 patah perkataan. Karangan sepanjang 500 patah perkataan untuk kategori D ialah bagi pelajar peringkat menengah 1 dan 2. Yang terakhir sekali, kategori E untuk pelajar menengah 3, 4 dan 5 dengan jumlah perkataan sebanyak 600 patah perkataan.

Pembahagian ini sememangnya memudahkan para pelajar untuk merujuk tahap karangan yang sesuai untuk mereka. Karangan-karangan berbentuk naratif ini membantu pelajar menghayati kepelbagaian jalan cerita melalui idea-idea yang cuba disampaikan dalam setiap penulisan.

Bagi para pembaca yang berminat untuk membaca dan menjadikan buku ini sebagai rujukan, bolehlah layari di laman web ini https://edufront-learning.myshopify.com/ atau imbas QR Code yang disediakan. Banyak lagi bahan bacaan lain yang pasti menarik di mata anda. Teruskan sokongan anda kepada Pusat Bahasa Nusa. Terima kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Privacy Settings
We use cookies to enhance your experience while using our website. If you are using our Services via a browser you can restrict, block or remove cookies through your web browser settings. We also use content and scripts from third parties that may use tracking technologies. You can selectively provide your consent below to allow such third party embeds. For complete information about the cookies we use, data we collect and how we process them, please check our Privacy Policy
Youtube
Consent to display content from - Youtube
Vimeo
Consent to display content from - Vimeo
Google Maps
Consent to display content from - Google
Spotify
Consent to display content from - Spotify
Sound Cloud
Consent to display content from - Sound