Hotline: 81860376
(WA Message | Operating 9am - 6pm | PH: Closed)

REGISTER NOW
LMS Login

Hotline: 9382 5201 (WA/SMS)

Blog Writing

Blog : Promosi Majalah Kembara Nusa isu 3/2023

Blog : Promosi Majalah Kembara Nusa isu 3/2023


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pusat Bahasa Nusa bukan sahaja ada menerbitkan buku kompilasi karangan bahasa Melayu untuk para pelajar, malah kami juga ada menerbitkan majalah ‘Kembara Nusa’. Majalah ini diterbitkan untuk pembacaan para pelajar di Pusat Bahasa Nusa, malahan majalah ini juga digunakan di sekolah-sekolah yang melangganinya. 

Untuk makluman semua, majalah ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah atasan dan menengah yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Majalah Kembara Nusa ini dihasilkan setiap penggal. Hal ini demikian bermakna dalam setahun ia dihasilkan sebanyak empat kali. Majalah ini diterbitkan oleh pasukan pengarang Pusat Bahasa Nusa yang sangat berbakat. Para pelajar bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan majalah ini, malah dapat menambah bank kosa kata mereka. Topik yang dibincangkan merangkumi rencana khas, sains dan teknologi, permainan kata, pintar peribahasa dan panduan pelajar. 

Nama majalah ini membawa pembaca menelusuri pelbagai keunikan penulisan. Hal ini bermaksud, pembaca bukan sahaja dapat menambah ilmu tentang fakta dan ilmu menarik tentang topik yang dibincangkan, tambahan pula para pembaca juga dapat bermain dengan permainan dan soalan yang disediakan, menambah kefahaman tentang makna peribahasa serta memperoleh beberapa tip berguna berdasarkan topik yang dibincangkan.

Pada bulan Julai 2023, Pusat Bahasa Nusa akan menerbitkan sebuah lagi majalah Kembara Nusa isu 3/2023, iaitu bagi penggal ketiga tahun ini. Majalah kali ini membawa tema Perayaan. Pastinya majalah ini menarik minat ramai kerana sesiapa sahaja di dalam dunia ini memiliki perayaan mereka tersendiri. Ingin tahu apa yang akan kami bincangkan dan cuba sampaikan kepada semua pembaca? Marilah kita nantikan dan beratur untuk membeli edisi kali ini.

Bagi para pembaca yang berminat untuk membaca dan menjadikan majalah ini sebagai bacaan tambahan, bolehlah layari laman web ini https://edufront-learning.myshopify.com/ atau imbas QR Code yang disediakan. Banyak lagi bahan bacaan lain yang pasti menarik di mata anda. Teruskan sokongan anda kepada Pusat Bahasa Nusa. Terima kasih!

1 Comment
  • Floydzer
    5:53 AM, 20 April 2024

    mexico pharmacies prescription drugs: mexican pharmacy – mexican pharmaceuticals online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Privacy Settings
We use cookies to enhance your experience while using our website. If you are using our Services via a browser you can restrict, block or remove cookies through your web browser settings. We also use content and scripts from third parties that may use tracking technologies. You can selectively provide your consent below to allow such third party embeds. For complete information about the cookies we use, data we collect and how we process them, please check our Privacy Policy
Youtube
Consent to display content from - Youtube
Vimeo
Consent to display content from - Vimeo
Google Maps
Consent to display content from - Google
Spotify
Consent to display content from - Spotify
Sound Cloud
Consent to display content from - Sound